Sunday, 24 April 2016

LTE

Saya ada share tentang posting muamalat.my berkenaan isu TE.

Dan saya lihat juga respon TE geng pada posting muamalat.my, antaranya tuduhan menyatakan penulis page berkenaan sebagai ejen onexox? Hanya kerana ia membuat suatu posting menegur TE? TE tidak boleh ditegur dan berlapang dadakah dengan kenyataan yang diajukan?

Saya lihat ada pula saudara TE yang membalas hujah (kononnya) dengan membuat suatu perbandingan yang sangat bodoh (maafkan saya) dan melucukan (maafkan saya juga).

Anda membandingkan Kancil dan Alza atas faktor fungsi yang sama, ianya kereta, tapi anda lupa bahawasanya ianya adalah sesuatu yang berbeza. Dari segi saiz pun sudah cukup menyatakan perbezaannya. Adakah patut ianya dijual dengan harga serupa? (Orang bodoh pun tahu, ianya patut lebih mahal sedikit - iaitu masuk akal dengan u`ruf setempat) Hatta, kereta myvi baru dan myvi versi lama pun ada perbezaan dari sudut kualitinya. Inikan pula perbezaan kancil dan alza?

Anda juga membandingkan bata biasa dengan bata emas? Lalu bertanya patutkah bata emas dijual dengan harga bata biasa? Pastilah tidak. Bata emas, diperbuat daripada emas. Emas itu pun sudah ada harganya, inikan pula dijadikan bata.

Seterusnya anda membandingkan lukisan antara pelukis terkenal dengan pelukis tidak terkenal? Lukisan dinilai berdasarkan karyanya, seni didalamnya, kualiti warna, maksudnya, dan bermacam-macam lagi hal-hal yang subjektif dalam penilaiannya. PELUKIS TERKENAL ATAU PELUKIS JALANAN TIDAK MEMPENGARUHI HARGA LUKISAN SEBALIKNYA KUALITI LUKISAN BERKENAAN.

(Datangkan perbandingan yang lebih cerdik dan susun ayat supaya nampak cerdik).

Posting balasnya juga menyebut, "RM100 bukan utk simkad sahaja.. ia melibatkan pembukaan akaun dan pengurusan.."

Namun ternyata berbeza pula bilamana di websitenya langsung tidak menyebut tentang hal berkenaan. Sebaliknya :-

"Tune Talk Tone Excel Plan sim card, as the picture shown above, One (1) Tune-Talk Tone-Excel Sim Card is RM 98.6 with RM 30 credit inside the sim card." and "This sim card is not only a sim card, it let you participate into this programme and get your own member ID."

The statement was written without mention anything about that balance (RM68.60) is used for opening account or management. [Gharar :- Kabur dan tidak dijelaskan terperinci kemana perginya RM68.60 (selepas ditolak RM30)]

Selain itu juga, ia menyatakan pembelian sim card TE akan dapat peluang jana income? TIDAK semestinya. Kerana anda tidak akan dapat apa-apa sekiranya anda tidak topup melebihi RM20 setiap bulan.

It mentioned, "To enjoy downline commission, the requirement is reload at least RM 20 / month." and "Your sim card will expired if you are not reload after 45 days. If your sim card expired, you are no longer can get back the number and you are no longer can enjoy the commission from all your downline(s) which follow that sim card."

Oh lupa, memang ada possibility untuk mereka topup melebihi RM20 per month kerana rate call and sms nya tersangatlah berkali-kali ganda mahalnya.

Jika dinyatakan lebihan RM68.60 tadi digunakan untuk website?
Ianya free.

It mentioned,"You can register and get your free affiliate website."

Ada juga yang nyatakan, "TE menyediakan berbagai ganjaran."
REALLY?

Let`s read what they mentioned in the website :-

" If you reload/topup RM80 or above, you will have the chance to win RM 200 cash reward. "- Kena reload dulu.

"When you reload/topup your tone excel sim card, you will accumulate big points.-  The big points can redeem for FREE AirAsia Ticket." - Kena reload dulu.

Point saya di atas adalah, ganjaran berkenaan tidak datang secara percuma sebaliknya anda perlu habiskan duit terlebih dahulu dan ia juga disediakan dengan belian simcard TT yang berharga RM30 (with gst).

Antara perkara yang ada pada TT yang tidak ada pada TE adalah :-

1)Kadar rate yang murah sehingga 10sen per minute and 1sen per sms.
2)Tiada sistem carian orang.
3)Berbagai jenis package internet dan lain-lain.
4)Package validity plan sehingga 1Tahun.

Antara point `bernas` menurut follower sifu TE adalah "banyak pendapat admin bercan
ggah antara satu sama lain..admin guna common sense utk tetapkan hukum halal haram.." tanpa dijelaskan dimana admin berkenaan guna common sense, dan dimana hujah admin berkenaan bercanggah antara satu sama lain. (Komen berunsur 'gharar'.)

Apapun, saya mengharapkan hujah yang bernas dan luar daripada emosi daripada `sifu` TE.

Antara hujah lain dalam page muamalat.my yang tidak dijelaskan dalam posting balas (kononnya) adalah :-

1)Insurans Konvensional yang diganjarkan sekiranya topup minimum rm50. (INSURANS IS HARAM). Malah, sistem insurannya juga agak pelik. Bersifat on-off. Apa jadi bilamana TE berkenaan terlibat dalam kemalangan dalam bulan dimana ia tidak topup melebihi RM50? Tidak mendapat coverage?

It mentioned in the website :- "All subscribers who Top Up a MINIMUM of RM50 each month and remain in active status are automatically covered."

2)Unsur al-ghubn al-fahisy iaitu eksploitasi kerelaan untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan.

3)Sistem pyramid.

Sebagai penutup, biar saya tunjukkan pada TE, jenis belian simcard yang tidak ada unsur gharar, dijelaskan secara terperinci serta menepati u`ruf setempat :-

Package Tune Talk berharga RM50:-
- Tune Talk Mobile Prepaid SIM
- RM85 preloaded prepaid credit (RM50 top up credit + RM25 top up rebate + RM10 extra free credit) - Dijelaskan apa yang dimaksudkan preloaded prepaid credit.
- FREE 1.5GB data
- 50 days validity period (upon activation)

Dan dipenghujung artikel ini, persoalan ini datang kembali, kemanakah baki lebihan RM68.60 itu pergi?

Persoalan hanya tinggal persoalan yang tidak ada jawapan yang diberikan sebaliknya tuduhan sebagai hasad dan ejen onexox.

#BeClever
#BeMature
Sebar la kebenaran ttg te ..las2 mereka akan kata kita dengki

No comments:

Post a Comment